Jom Belajar Buat Cupcakes……

Pada 25hb Mac 2012, sekali lagi kami telah ke Baitul Ehsan untuk menjalankan aktiviti kedua sebagaimana yang telah dijanjikan, tapi kali ini aktiviti dijalankan di Sri Gombak dan turut disertai oleh anak-anak dari Taman Maluri.

Cikgu Diana menunjukkan cara-cara membuat cupcake....Cikgu Diana menunjukkan cara-cara membuat cupcake….

Aktiviti pertama pada sesi pagi dimulakan dengan kelas membuat cupcake yang dikendalikan oleh cikgu Diana. Rupa-rupanya buat cupcake takde la susah sangat. Sangat simple dan senang nak ingat. (credit to cikgu Diana kerana sudi ajar adik-adik ini)

 Proses Penyediaan Cupcakes Chocolate dan Oreo...
 

Untuk sesi cupcakes, adik-adik diajar beberapa jenis cupcake iaitu cupcake chocolate, cupcake oreo dan last skali cara membuat “topping”.

 Inilah hasil cupcake selepas ditambah “topping” mengikut kreativiti masing2…..yummy..

Semoga selepas ini, adik-adik dapat belajar buat cupcake sendiri pulak…..Selamat mencuba…..

RESIPI CUPCAKE

(Cupcake Chocolate)

4 keping segiempat coklat masakan separa manis
6 sudu besar mentega atau margerin
3/4 cawan gula
1 sudu teh vanila esen
2 biji telur
1 1/4 cawan tepung gandum (dibahagi kepada dua bahagian)
1/2 sudu teh baking soda
3/4 cawan air

SUHU OVEN ~ 350° MASA MEMASAK ~ 19 – 21 Min.
JENIS PAN ~ 12 tin muffin pan

CARA:
1) Panaskan oven
2) Masukkan coklat masakan dan mentega ke dalam satu mangkuk dan panaskan dalam Microwave oven selama 2 minit (suhu HIGH) atau sehingga mentega cair.
3) Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya.
4) Masukkan gula dan vanila. Kacau rata.
5) Masukkan telur, satu per satu. Pukul dengan mixer electrik pada kelajuan perlahan setiap kali sehingga sebati dengan baik.
6) Masukkan 1/4 cawan tepung dan baking soda. Kacau rata.
7) Masukkan tepung selebihnya berselang seli dengan air. Pukul dengan rata setiap kali.
8) Masukkan ke dalam cawan cupcake di dalam pan.

#Untuk cupcake oreo, hanya gantikan chocolate dengan oreo yang telah dihancurkan.

Masak sehingga pencungkil gigi yang dimasukkan di tengah kek keluar dengan bersih.
Sejukkan selama 10 minit di dalam pan. Keluarkan dan sejukkan pula atas rak dawai.

Hiaskan dengan ising setelah sejuk..Selamat Mencuba & Gud Luck!!!

Sambungan (Sesi seterusnya: Belajar Jahitan Manik dari volunteer2)