Eco-Xplore Race Challenge At Zoo Negara

♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Pada 28 April 2012, Program Eco-Xplorace Challenge telah dijalankan di Zoo Negara. Program ini melibatkan gabungan beberapa Pertubuhan Anak-anak Yatim terdiri daripada Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi, Rumah Silaturrahim Nurul Qanaah, Rumah Titian Kaseh, serta kerjasama bersama pihak Zoo Negara and Global Environment Center.

(P/S: Jutaan time kasih buat pihak Zoo Negara yang sudi bekerjasama dan memberi kebenaran untuk kami menjalankan program disana…)

Program kali ini bertujuan memberi kesedaran kepada generasi muda terhadap pentingnya menjaga alam sekitar, disamping mengenal pelbagai spesies haiwan yang ada di zoo…Selain itu, gabungan antara rumah2 anak yatim juga dapat memeriahkan lagi program yang dijalankan, selain anak-anak juga dapat berkenalan antara satu sama lain.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Antara aktiviti2 yang telah dijalankan…
Sukan Rakyat– untuk anak2 kecil berumur 10 tahun ke bawah
• Bowling kampong
• Main batu seremban/congkak
• Ikat kaki 5 orang berjalan serentak sampai ke check point
• Cari gula-gula dalam tepung

Explorace – untuk anak2 10 tahun keatas.
Dibahagikan mengikut group – peserta disediakan peta dan  form untuk dilengkapkan sepanjang explorace
Setiap group harus menyelesaikan setiap cabaran yang disediakan disetiap check point.Antara cabaran di checkpoint2 :
• Baling bola kertas kedalam bakul
• Design cupcake topping dan jual
• Buat line terpanjang menggunakan apa2 barang yang dimiliki
• Buat origami burung jinjang
• Cari origami yang disorokkan

Antara volunteer yang menjayakan program Eco-Xplore Race Challenge..

Sesudah selesai aktiviti2 berkenaan, program diteruskan dengan majlis  penyampaian hadiah pula….

Tahniah buat adik-adik yang berjaya….

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan berakhir kira-kira pada pukul 4.30 petang. Harapan admin, agar adik-adik dapat manfaat daripada program ini disamping mengerat silaturahim di antara satu sama lain. Selain itu, semoga program sosial sebegini dapat diwarisi generasi muda hari ini seterusnya membantu golongan2 yang memerlukan selain dapat berbakti kepada anak2 yatim.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥ Terima Kasih Buat Semua Yang Terlibat ♥♥♥♥♥♥♥♥♥

EnGLiSh CoMMuNiCaTiOn (~@~)

♥♥♥

Untuk sesi terakhir, iaitu “English Communication” yang dikendalikan oleh para volunteer yang terdiri daripada En Mohd Fadli bin Zakaria dan Cik Nurliyana bt Ahmad azahari iaitu Pensyarah UTAR (Universiti Tunku Abdul Rahman) serta Cik Siti Nuraishah bt Ahmad dan En.Mohd Ridzuan bin Mat Zin yang juga pensyarah daripada UIA(Universiti Islam Antarabangsa). Sesi kali ini bertujuan mempraktikkan anak-anak Baitul Ehsan untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris.

Sedikit “briefing” oleh En.Azizi sebelum memulakan aktiviti…..

Anak-anak sedang mendengar penerangan daripada volunteer……

Antara aktiviti yang dijalankan seperti mencari barang2 mengikut senarai yang diberikan tetapi anak-anak harus berkomunikasi dalam bahasa english sepanjang mencari barang2 yang disenaraikan. Pada masa sama, anak2 dilatih untuk berkomunikasi dalam bahasa English.

___________________________________________________________________________________________

Program berakhir kira-kira jam 6.30 petang…Alhamdulillah, program kali ini berjalan dengan lancar. Jutaan terima kasih buat semua yang terlibat menjayakan program ini khususnya buat para volunteer, warga Baitul Ehsan yang memberikan kerjasama sepenuhnya, serta warga Skali.Net yang terlibat..

♥♥♥~Thanks to Young Skalian Care members that give their full effort and contribution in order to makesure this event successful and the most important things, those kids were happy and learn a lot of things from the event. Hope that we will do better for the next event!!  Chayook!!!♥♥♥

JoM MaSak & DeSign BuRger bersama Abang Mirul ~ ~

Oleh kerana ada dikalangan anak-anak ini yang minat berniaga (khususnya adik2 lelaki), kami juga telah mengajar mereka cara-cara menyediakan burger untuk berniaga kecil-kecilan…Untuk aktiviti kali ini, kami telah menjemput volunteer Abang Amirul, juga dari Skali.Net untuk mengajar mereka cara-cara masak burger~~

~ Abang Amirul menunjukkan cara masak daging burger ~

Aktiviti dimulakan dengan membahagikan anak-anak kepada beberapa group untuk melakar burger dan membentangkan rekaan masing2. Seterusnya, mereka diajar cara-cara penyediaan burger dari setiap aspek termasuk sayur-sayuran yang diperlukan, cara masak daging dan penggunaan sos/mayonis.

Sesi design burger dan presentation…

Sekarang tiba masanya untuk aplikasi rekaan burger tadi. Jom lihat gelagat adik-adik semasa aktiviti belajar buat burger…

Sekarang, kita tengok macammana hasil air tangan adik-adik kita……..nyum nyum~~

Inilah hasil kreativiti adik-adik yang mempamerkan hiasan masing2….

Nampaknya kelas burger habis kat sini buat kali ini, harapan kami agar anak-anak yang bercita-cita untuk menjadi usahawan dapat mengaplikasikan kemahiran asas yang diajar, walaupun tidak semestinya berniaga burger namun sekurang-kurangnya mereka mendapat pendedahan awal untuk menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti. InsyaAllah…AMIN…

Jahitan Manik dan Tampal Diamond…

 

Sesi petang disambung dengan aktiviti Jahitan Manik dan juga Tampalan Diamond yang dikendalikan oleh volunteer-volunteer yang terdiri daripada pensyarah UiTM (En.Hafiz Rusuki), pensyarah KLMU (En.Nik Erwan Roseli) yang juga merupakan seorang fashion designer serta pensyarah Lim Kok Wing(Pn. Rosiana).~Jutaan terima kasih untuk para volunteer yang sudi mengajar anak-anak Baitul Ehsan ini, jasamu tetap dikenang.~~

 

Volunteer2 bergambar bersama manager “Meh Together”, En.Azizi Wahab dari SKALI.net

Anak-anak dikehendaki mereka hiasan di “board jahitan” masing2 dengan menggunakan manik-manik, renda-renda, tampalan diamond dan pelbagai lagi aksesori jahitan.

Setiap orang menunjukkan daya kreativiti masing-masing melalui jahitan diatas “mounting board”. Selepas selesai, setiap hasil rekaan dinilai oleh volunteer. Rekaan terbaik dikira berdasarkan kekemasan jahitan dan  juga design yang dipamerkan…

Antara 8 karya terbaik....

Inilah dia, antara pemenang-pemenang 8 karya terbaik terdiri dari adik-adik comel yang berbakat…

Rekaan Terbaik – Rekaan Adik Fatimah telah terpilih sebagai yang terbaik keseluruhan..

Untuk percubaan pertama, apatah lagi untuk adik-adik kecil, hasil yang dipamerkan sudah cukup membanggakan. Oleh itu, bakat anak-anak ini tak harus dipersia-siakan, jika diasah dan diberi peluang yang sebaiknya, tidak mustahil anak-anak ini boleh pergi jauh lagi…Sekian……..

Sesi seterusnya….~~~Jom masak BURGER pulak~~~~

Jom Belajar Buat Cupcakes……

Pada 25hb Mac 2012, sekali lagi kami telah ke Baitul Ehsan untuk menjalankan aktiviti kedua sebagaimana yang telah dijanjikan, tapi kali ini aktiviti dijalankan di Sri Gombak dan turut disertai oleh anak-anak dari Taman Maluri.

Cikgu Diana menunjukkan cara-cara membuat cupcake....Cikgu Diana menunjukkan cara-cara membuat cupcake….

Aktiviti pertama pada sesi pagi dimulakan dengan kelas membuat cupcake yang dikendalikan oleh cikgu Diana. Rupa-rupanya buat cupcake takde la susah sangat. Sangat simple dan senang nak ingat. (credit to cikgu Diana kerana sudi ajar adik-adik ini)

 Proses Penyediaan Cupcakes Chocolate dan Oreo...
 

Untuk sesi cupcakes, adik-adik diajar beberapa jenis cupcake iaitu cupcake chocolate, cupcake oreo dan last skali cara membuat “topping”.

 Inilah hasil cupcake selepas ditambah “topping” mengikut kreativiti masing2…..yummy..

Semoga selepas ini, adik-adik dapat belajar buat cupcake sendiri pulak…..Selamat mencuba…..

RESIPI CUPCAKE

(Cupcake Chocolate)

4 keping segiempat coklat masakan separa manis
6 sudu besar mentega atau margerin
3/4 cawan gula
1 sudu teh vanila esen
2 biji telur
1 1/4 cawan tepung gandum (dibahagi kepada dua bahagian)
1/2 sudu teh baking soda
3/4 cawan air

SUHU OVEN ~ 350° MASA MEMASAK ~ 19 – 21 Min.
JENIS PAN ~ 12 tin muffin pan

CARA:
1) Panaskan oven
2) Masukkan coklat masakan dan mentega ke dalam satu mangkuk dan panaskan dalam Microwave oven selama 2 minit (suhu HIGH) atau sehingga mentega cair.
3) Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya.
4) Masukkan gula dan vanila. Kacau rata.
5) Masukkan telur, satu per satu. Pukul dengan mixer electrik pada kelajuan perlahan setiap kali sehingga sebati dengan baik.
6) Masukkan 1/4 cawan tepung dan baking soda. Kacau rata.
7) Masukkan tepung selebihnya berselang seli dengan air. Pukul dengan rata setiap kali.
8) Masukkan ke dalam cawan cupcake di dalam pan.

#Untuk cupcake oreo, hanya gantikan chocolate dengan oreo yang telah dihancurkan.

Masak sehingga pencungkil gigi yang dimasukkan di tengah kek keluar dengan bersih.
Sejukkan selama 10 minit di dalam pan. Keluarkan dan sejukkan pula atas rak dawai.

Hiaskan dengan ising setelah sejuk..Selamat Mencuba & Gud Luck!!!

Sambungan (Sesi seterusnya: Belajar Jahitan Manik dari volunteer2)

SUA KASIH DI BAITUL EHSAN

SUA KASIH DI BAITUL EHSAN

Assalamualaikum….Alhamdulillah….Pada 25hb feb 2012 baru-baru ini, Kami warga Skali telah selesai melaksanakan aktiviti sulong di rumah anak-anak yatim Baitul Ehsan di Taman Maluri.Kehadiran kami buat pertama kali disambut baik oleh ummi iaitu pengasuh anak-anak yatim ini.

Fasi bermesra dengan adik-adik….

“Ice breaking” mengikut group….

Aktiviti kami dimulakan dengan “ice breaking” dengan membahagikan anak-anak ini kepada beberapa kumpulan bertujuan untuk mengenali mereka dengan lebih dekat.

Berbincang untuk presentation

Anak-anak sedang melukis logo….

Anak-anak ini dikehendaki mereka logo dan slogan kumpulan masing-masing dan selepas itu diteruskan dengan sesi “presentation”. Pada masa yang sama, anak-anak ini diajar “soft skill” secara tidak langsung meningkatkan “confident level” mereka.

Sesi pembentangan…

Seterusnya, program bersama anak-anak ini diteruskan dengan aktiviti yang lebih fun, iaitu aktiviti “fashion design” dengan menggunakan surat khabar lama.Bertujuan melihat daya kreativiti anak-anak ini melalui rekaan masing-masing.

Bergaya dengan kostum masing-masing

Setiap group dikehendaki mempamerkan hasil rekaan busana mereka melalui “catwalk” daripada model2 terpilih.Ternyata anak-anak ini cukup gembira, walaupun pada awalnya mereka agak malu-malu namun lama-kelamaan mereka mula rapat dan mesra.

Seterusnya, program diteruskan lagi dengan sesi penyampaian hadiah dan juga sesi bergambar bersama anak-anak dan juga warga skali.

Bergambar dengan model-model cilik…..

Bergambar bersama juri-juri……..

Syukur alhamdulillah, program berjalan dengan lancar…Program seterusnya, insyaallah akan dijalankan dalam pertengahan bulan 3 pula..Semoga aktiviti seterusnya lebih meriah dan anak-anak terhibur serta mendapat manfaat darinya.

Selamat Datang Ke Baitul Ehsan

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Selamat Datang ke laman blog rasmi Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi. Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa untuk melihat dan menjenguk laman web ini.

Rumah Anak-Anak Yatim Baitul Ehsan ini diasaskan oleh Puan Ummi Azizah Saad dan suaminya En. Omar Ab. Ghani sejak tahun 2008 lagi.

Anak-anak ini mendapat pendidikan agama yang sempurna dari pengajar-pengajar dan juga penjaga. Namun begitu, rumah ini masih memerlukan bantuan orang ramai dari segi kewangan, pendidikan, kemahiran dan kesihatan. Khususnya pendidikan kerana kesemua anak-anak ini tidak mendapat pendidikan formal dari sekolah dan juga tidak mengambil sebarang sijil peperiksaan asas seperti UPSR, PMR, dan SPM.

Teratak Baitul Ehsan terletak di 2 lokasi berbeza seperti yg tertera dibawah:

Rumah pertama di Taman Maluri menempatkan 21 orang anak-anak perempuan yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 18 tahun dan juga 5 orang anak-anak lelaki yang berumur 7 hingga 8 tahun

.

.

.

.

.

Rumah kedua pula terletak di Sungai Tua, Sri Gombak menempatkan 38 orang anak-anak lelaki berumur lingkungan 7 hingga 16 tahun

 
 
 
 
 
 
 
 
   

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan hubungi kami melalui:

TEL: 03-92818842 / 03-92825450

FAX: 03-92827761

H/P: 013-3946630 (UMMI)/ 013-3409842 (EN. OMAR)

E-MAIL: BaitulEhsan@yahoo.com